Zaryl mula terjebak menjadi seorang 'playboy' kerana pengaruh rakan sebaya.Orang yang paling banyak mempengaruhi Zaryl adalah rakan baiknya sendiri,Zarul Hazieq.Di sebabkan nama mereka yang hampir sama,mereka mula menjadi rapat sejak tingkatan 1 lagi.Sekolah Menengah Sains Teluk Intan menjadi tempat dua sahabat ini menuntut ilmu.Sebelum kedua-dua mereka memasuki sekolah ini,mereka terlebih dahulu bersekolah di kampung masing-masing.Zaryl belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim manakala Zarul Hazieq di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kamaruddin,Batu Kurau.Mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) dan sementara menunggu panggilan ke sekolah berasrama penuh atau sekolah bestari,mereka bersekolah di kampung masing-masing.Zaryl mendapat 4A dan 1B manakala Zarul pula 5A.Setelah beberapa bulan menunggu panggilan,Zaryl mendapat panggilan untuk memasuki Sekolah Menengah Anderson,Ipoh iaitu salah sebuah sukan yang terkenal di Malaysia.Zaryl bukanlah seorang atlit seperti pelajar yang mendapat tempat di sekolah itu,tetapi atas prestasi pelajarannya yang bagus.Sekoalh itu ada menempatkan beberapa kelas untuk pelajar yang cemerlang dalam pelajaran.Zaryl memasuki sekolah yang kebanyakkannya adalah lelaki di sebabkan tiada tawaran lain yang dia terima.Setelah beberapa bulan,memasuki bulan Julai,sekali lagi Zaryl mendapat tawaran melanjutkan pelajaran.Kali ini memasuki sekolah bestari,iaitu antara sekolah yang terpilih di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.Di sekolah itulah dia bertemu Zarul yang lebih awal mendaftar dan belajar.
Zarul Hazieq,seorang pelajar pintar,memiliki rupa paras yang sememangnya menjadi pujaan dan kegilaan gadis-gadis yang memandangnya.Raut wajah yang putih,jernih dan tampan,susuk tubuh yang tegap dan agak tinggi membuatkannya menjadi tarikan ke mana sahaja dia melangkah.Ketampanannya lebih terserlah dengan susunan kata-kata yang mampu mencairkan setiap gadis yang cuba dihampirinya.
"Nama saya Zaryl Hakiem bt Mustaffa.Saya berasal dari Kulim Kedah.Sebelum ni saya bersekolah di Sekolah Menengah Anderson,Ipoh." Zaryl memperkenalkan diri di hadapan kelas.
Terasa gugup berucap di hadapan kelas yang memuatkan 27 org pelajar itu.Semua mata memandang ke arah Zaryl dengan penuh khusyuk.Shima dan Anis berbisik-bisik sesuatu tentang Zaryl."Boleh tahan jugak budak baru ni ye,"kata Shima kepada Anis."Ada peluang nak mengorat ni,"balas Anis."Shima,Anis,boleh kongsikan kepada kelas apa yang kamu berdua bisikkan.Semua pasti ingin tahu apa yang sedang kamu bincangkan."tiba-tiba suara Cikgu Fatimah mencelah perbualan mereka.Terkedu seketika Shima dan Anis."Err,tak ada apa-apa cikgu."jawab Shima yang lebih berani daripada Anis."Jika tiada apa-apa,tolong berikan tumpuan ketika pelajar baru memperkenalkan diri."tegas arahan yang diberikan Cikgu Fatimah.Shima dan Anis hanya menganggukkan kepala."Saya anak ketiga daripada enam adik-beradik.Ayah saya jurutera Jabatan Kerja Raya dan mak saya pula suri rumah."Zaryl meneruskan kata-kata selepas Cikgu Fatimah habis bercakap.Zaryl terus berdiam diri.Tidak tahu apa lagi yang perlu diberitahu kepada kawan-kawan baru dan gurunya.
"Zaryl,ada apa-apa lagi yang nak diperkenalkan tentang diri kepada kawan-kawan semua?"tanya Cigu Fatimah."Tak ada cikgu.Saya budak biasa saja dari kampung.Harap cikgu dan kawan-kawan dapat beri tunjuk ajar."balas Zaryl bersungguh-sungguh."Baiklah Zaryl,awak boleh duduk di meja kosong di belakang sana." Cikgu Fatimah menunjukkan arah kerusi dan meja yang kosong di sebelah Saiful,di belakang Zarul.
Zaryl mengangkat begnya ke meja yang telah disediakan.Sampai sahaja Zaryl di meja tersebut,Zaryl disambut dengan senyuman daripada Saiful.Tangan dihulur dan nama pun diperkenalkan."Saya Saiful Shahadan.Asal Tanjung Tualang."Sambil meletakkan beg di belakang kerusi,Zaryl membalas dengan senyuman.
Zarul berpusing ke belakang.Sambil menghulurkan tangan,Zarul memperkenalkan dirinya."Nama kita hampir-hampir sama la.Engkau Zaryl Hakiem,aku Zarul Hazieq."kata Zarul kepada Zaryl."Zarul Hazieq Muslim.Sila pandang depan.Nanti kenalkan diri tu.Tak lari ke mana Zaryl tu."tiba-tiba satu suara berbunyi dari arah belakang Zarul.
pandai awk menulis kan..xsangka la awk ada bakat terpendam,dah lame kenal pun xprnh tau.hehe...good job!kita cdgkan awk tulis bnyk2,then terbitkan novel ye.mst bnyk followers nnt..
ReplyDelete