"Hallo,boleh saya bercakap dengan Shamsul?",ringkas pertanyaan tersebut.
Terkedu seketika si gadis yang menjawab panggilan di telefon bimbitnya.
"Maaf,mungkin encik salah nombor." kata si gadis bersuara manja itu.
Bagai nak tergigit lidah Zaryl apabila mendengar kemerduan suara halus dan manja itu.
"Ini bukan nombor Shamsul ke?" kata Zaryl lagi.
"Maaf encik,ini bukan nombor Shamsul.Ini nombor saya.".
Zaryl masih lagi cuba memanjangkan tempoh perbualan telefon dengan meneruskan pertanyaan,
"Mungkin abang awak ke,adik awak ke yang guna nombor ni?"."Tak ada." dengan pantas gadis itu menjawab.
"Dah berapa lama awak guna nombor ni?""Dah lama,tak pelah encik,encik salah no ni.Maaf,saya ada kerja sekarang.Assalamualaikum."
Begitu pantas gadis tersebut bercakap dan mematikan panggilan sehingga Zaryl tak mampu untuk bersuara.
"Aku mesti dapatkan gadis ni,"getus hati Zaryl penuh makna.
Sebenarnya nombor telefon bimbit itu sememangnya telah diberikanrakan Zaryl dan semuanya telah dirancang untuk Zaryl mendekati dan mengenali gadis tersebut.
Semuanya di sebabkan Hafiz kawan Zaryl yang selalu berceritakan tentang gadis itu.Gadis yang cantik,matanya bundar,bulu kening yang semulajadi lentik,hidung yang agak mancung seakan2 anak mami,bibir yang mugil dan lesung pipi yang menarik hati sapa pun yang memandang.
Macam-macam yang Hafiz ceritakan pada Zaryl sehinggakan Zaryl tidak senang duduk dan ingin sangat mengenali gadis tersebut.
Malamnya,sekali lagi Zaryl cuba menghubungi gadis tersebut.Dengan niat tersembunyi,Zaryl mendail nombornya.
"yang selalu ku inginkan,yang selalu ku nanti,kau cuba untuk mengerti,"
Bait-bait lirik caller ringtone gadis itu di layan penuh asyik oleh Zaryl.
"apalah erti mencinta,yang harus kau sedari,bila ingin bersamaku,jangan cuba kau ingkari,cubalah untuk set.."
"Baru aku nak layan lagu ni,dia dah angkat telefon,"kata Zaryl dalam hatinya.
"Halloo,Assalamualaikum wbt,"panjang kali ni salam yang Zaryl berikan,langkah pertama untuk menawan hati si dia.
Zaryl terkenang kembali saat-saat bagaimana dia boleh menjadi seorang jejaka yang ingin didampingi oleh ramai wanita di sisinya.
Menjadi seorg yang bergelar 'playboy'.Playboy yang hanya untuk bersuka ria.Yang hanya untuk kepentingan seketika sahaja.
No comments:
Post a Comment